Sunday 4 February 2018

ABAA - Membuat Gelang Manik



Aktiviti ini sesuai untuk anak2 lebih-lebih lagi anak perempuan. Aku beli manik ni di D.I.Y. Barang2 nya pula mudah untuk didapati kat mana2 kedai D.I.Y.
Kalau manik biasa (yg bulat2) harga RM1.90 sepeket. Manakala yang alphebet punya dalam RM2.50 sepeket. Ini harga sehingga Oktober 2017.  Tali tangsi aku guna juga itupun kat D.I.Y. ada jual. Dia ada ukuran ketebalan dia hmmmm tapi tak ingat berapa tebal tu😥😅anak aku siap buat untuk kawan2 baik dia..
Kalau tak nak guna tali tangsi pun boleh..ada tali macam ala2 getah tu...tapi aku cari2 tak jumpa plk..😂... kalau tak nak berterabur masuk lah dalam bekas.

 Buat gelang ni tak de la susah mana tapi anak-anak memang sangatla seronok. Barang 2 yang perlu ada untuk buat gelang ini adalah:-

1. Manik bulat
2. Manik Alphabet
3. Tali tangsi (aku guna yang untuk pancing ikan)
4. Gunting
5. Pemetik Api ( untuk bakar ujung tali tangsi tu)

Cara nak buatnya pun amat mudah..

1. Potong tali tangsi ikut ukuran pergelangan anak2 dan lebihkan sikit dalam 4-5 cm.

2. Masukkan manik ikut susunan idea masing2

3. Kemudian ikat

4. Bakar ujung tali tangsi selepas ikat tu. Kalau tak nk bakar pun takpa. Ikat je kuat2 supaya tak terbuka.


Kat bawah ni rupa yang dah siap okey...






No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...