Thursday 23 November 2017

IKAN KERISI/KERAPU MASAK LEMAK CILI API


Kali ini aku akan kongsikan resepi ikan masak cili api...boleh guna ikan kerapu...ikan kerisi pun boleh... dua2 aku penah masak & memang sedap 😋
Ok...bahan2 yang perlu adalah seperti berikut:-

Bahan2 nya adalah...

1. 2-3 ekor ikan kerapu/kerisi 
2. Sebijik bawang merah (utk dikisar)
3. 4 biji bawang putih (utk dikisar)
4. Kunyit (untuk dikisar)
5. 25 biji cili padi (untuk dikisar)
6. Santan
7. Serbuk kunyit 
8. Minyak masak
9. Garam
10. Gula

Cara2 memasak:-
1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, kunyit dan cili api
2. Panaskan minyak dan goreng ikan kerapu/ikan kerisi sehingga garing dan angkat
3. Panaskan minyak yang bersih dan tumis bahan2 yang dikisar tadi hingga agak garing..biasa aku goreng dlm 3-4 minit
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan santan dan gaul2kan (api sederhana)
6. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul rata
7. Angkat dan hidangkan.


ini adalah bahan2 untuk dikisar

ikan kerapu yg dilumur serbuk kunyit untuk digoreng

kalau nk guna ikan kerisi pun boleh juga..sama juga.lumur dgn kunyit dan goreng

santan pekat...aku guna setengah biji kelapa sahaja...sapa nk pekat boleh guna sebiji kelapa..

selepas panaskan minyak...goreng ikan tu agk2 garing...angkat


bahan2 yang dikisar di goreng hingga agak2 garing...

masukkn setengah sudu garam...& gula sesedap rasa..

masukkan santan...

ikan yang telah digoreng

kalau tak suka ikan kerapu ....boleh la guna ikan kerisi..



masukkan ikan 

gaul2 hingga rata

dh siap...

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...