Monday 1 January 2018

Nak Beli Rumah🏠🏘..??? Apa yang perlu kita tahu🤔

MEMBELI RUMAH???

Nak beri rumah Sub Sale ke direct terus dgn developer...??? Ini aku story berdasarkan pengalaman aku lah...setiap orang ada pengalaman yang tersendiri kan..walaupun hampir sama tetapi nyata sekali tidak serupa..betul tak🤔😉

🏚Beli rumah Sub-sale🏚
(kira macam second hand lah)

Tahun 2004 aku ada beli Rumah Teres Setingkat di Bandar Baru Uda..dengan keluasan 20 × 70..3 bilik dan 2 bilik air...Jalan Jagung🌽..rumah lama ni..and status low cost..aku beli masa tu RM77,000.00🤔 kalau tak silapp✌masa tu umur aku 22 ke 23 tahun...gitulah dan aku masih lagi belum ada pekerjaan yang tetap! tetapi memandangkan peluang dh ada so apa lagi grab lah...
Aku menyewa bujang & sebelah rumah aku ni kosong..so memang aku selalu park si kancil aku tu dekat rumah ni...pelam depan rumah sikit punya lebat tau🍐🍈....lama juga rumah ni terbiar and tak pernah jumpa pun tuan tanah ni..sehingga satu hari tuan rumah ni datang dan tampal 'rumah untuk dijual'...aku contact dan jumpa tuan rumah ni..dia kata ramai sgttt yang nk beli rumah ni..tapi takde sorang pun yang menjadi pilihan di hati...terus terang cakap aku mmg x de duitt..kalau nk deposit beribu2 tu..adehh mmg tak mampu lah..lagi pula aku ni masih terumbang ambing dengan pekerjaan aku😅😥
Tuan rumah ni kata dia nak deposit RM2000 dan dengan syarat dia tahu semua settle..dia tak nak ambil tahu pasal proses2 yang sedia maklum memang banyak lah.... pejabat SUK, Pejabat Tanah, Legal firm, fees dll...and aku setuju dengan syarat tu...so itu yang dia setuju nak jual rumah tu kat aku...so bermulalah episod jerit perit macamana aku nak dapatkan rumah ni dengan sumber2 kewangan yang tidak mencukupi tetapi berbekalkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang masih ranum lagi ni...

Bagi aku yang perkara PENTING yang mesti ada untuk beli rumah ini adalah:-
   ✔ Ada sedikit ilmu pengetahuan tentang selok belok jual beli rumah
   ✔ Duit cash mesti ada...at least RM10,000

klu tiada 2 benda di ☝️ ni memang agak sukar..bagi aku lah...org lain aku tak tau...

Bila beli rumah sub-sale & low cost pulak tu mmg byk la prosesnya..mujur aku ada sedikit sebanyak ilmu2 conveyansing nih.. Antaranya yang aku ingat proses bila beli rumah jenis macam ni adalah:-

1. Minta advice daripada pihak yg expert

 Part yang ni sangat penting...coz property ni ada banyak jenis dan kita pun tak de la tahu semua kan...before decide nak beli ngan keluarkan duit tu better jumpa dengan pihak yang memang mahir dalam bidang ni seperti lawyer...banyak legal firm.. and kalau nak selamat buat lah Land Search di Pejabat Tanah...isi borang dan bayaran RM40 (2004)..sekejap je akan dapat result yang penting tahu no geran hartanah tu..contoh HS(D)....PTD... Mukim mana...addresss...biasa ikut mukim la...Kebaikan wat Land Search ni kita boleh tahu status terkini property yang kita nak beli ni..contohh..
- Sapa owner dia..?? betul ker?? owner ada berapa ramai..??
- Ada sekatan ker..???
- Status property...charge/discharge loan which bank???
- Ada ke kaveat di property tu???
☝️ semua ni penting untuk kita tahu sebelum kita nak beli property tu...okey

2. Perlu ada kelulusan dengan Penguasa Negeri

i) Kelulusan daripada SUK
Bahagian ini adalah first step utk beli rumah secara sub-sale and low cost...now hmmm tak tahulah macamana kan..still sama ker??
Isi borang..masa tu borang warna biru (klu x silap) and kena buat akuan pesuruh jaya sumpah (RM4) ni rate tahun 2004 ya!😅
Beberapa dokumen kena sediakan antaranya
- kad pengenalan
-Surat beranak
-Geran rumah..
-Cukai Tanah terkini
-Cukai Harta Terkini
-Perjanjian jual beli seller yg lma
-Sijil Menduduki Rumah (CFO)
apa lagi yer...🤔
Pendaftaran adalah RM5 (2004)...
Proses lebih kurang sebulan..if dokumen complete cepatla kan dapat surat kelulusan tu...bila dah lulus...mohon kelulusan pula PTG

ii) Kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Galian
Selepas dah lulus daripada Pejabat Perumahan, kelulusan kedua yang kita perlu mohon adalah di Pejabat Tanah & Galian. Antara dokumen yang diperlukan..
- Borang permohonan
- Surat Kelulusan daripada SUK
- Kad pengenalan both (buyer & seller) kalau telah berkahwin bagi ic suami/isteri
- Salinan geran
- Salinan Cukai Tanah
- Salinan Cukai Harta
- Bayaran permohonan RM50 (2004)

3. Valuation Report
Valuation atau penilaian hartanah/property di buat untuk mengetahui nilai hartanah yang hendak dibeli tu. Report inj diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan. Jika boleh pastikan nilai dan harga jual tu tak jauh beza..jika tidak banyak pula perbezaan nak kena top - up nanti..kalau ada duit saving memang tiada masaalah..tapi kalau macam aku ni..yang baru nak menapak..memang i need full loan lah..

4. Tandatangan Sale & Purchase Agreement
Perjanjian Jual Beli atau Sale & Purchase Agreement adalah wajib dalam setiap pembelian rumah....Biasanya clause dalam agreement tu lebih kurang sama sahaja. Tapi bahagian yang most important part schedule and biasanya tempoh pembayaran tu 3 month and kalau lewat DENDA dikenakan. Part yang tu kenalah carefull and make sure settle ikut jadual. Biasanya lambat part yang loan tu.

5. Pinjaman Perumahan /Housing Loan
Masa beli first house ni aku buat loan di Ambank. Aku tak dapat pun full loan. Kena top up by cash dalam RM5k +++. Masa tu baru kerja..slip gaji..and gaji pun tak cukup..Aku buat loan third part.. Kakak aku as a third part person la..
Lepas dapat offer letter tu..tak lama lepas tu sign agreement with bank..islamic klu tak silap with MRTA. Then sign juga dokumen 16A utk register di Land Office nati nama bank di dalam geran.

6. Pindahmilik rumah/Tranfer of Property
Untul pindahmilik rumah pula..selain daripada dokumen perjajian aku dikehendaki sign borang 14A yang mana dokumen ini akan didadaftarkan di Land Office untuk letak nama aku di geran nanti.

5. Redemption Statement
Masa aku beli rumah di Bandar Baru Uda ni..part yang  ni takda kerana seller/penjual ni memang tiada loan bank. Kira geran yang asal memang ada pada dia. So jimat la masa..tenaga..dan wang ringgit..Jika tidak lama la juga prosesnya..coz kena mintak redemption statement dengan previous bank...then current bank nak kena bayar baki loan tu dekat bank lama untuk dapatkan geran yang asal..hmmm..memang take time sgtt..

6. Tukar nama di Majlis Daerah
Bila dah settle semua di atas...kena isi borang i (klu x silap) untuk tukar nama fi dalam cukai harta. Bayaran RM50 (2004)

7. Settlekan urusan Bil air dan bil elektrik.
Bahagian yang ini aku kena pergi Syarikat Air dan juga Tenaga Nasional Berhad. Bayaran deposit dikenakan. Stanby je duit💰💸💸

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...