Saturday 24 September 2016

Tips Menulis Tesis Dengan Baik... Insya Allah Dapat A

Tips doing research.. TESIS

Final sem 1 2016/2017 aku decided utk wat tesis..sem ni start bulan Feb hingga bulan Mei 2016.. kat sini aku nk kongsikan tips2 utk buat tesis lebih2 lagi dalam masa yg sangat singkat macam aku ni lah..
aku kena siapkn chpter 1-5 dlm mase 1 sem (5months)!!
mmg mncabar...yg pasti kena prepare lebih awal! tu wajib!

1. Dapatkan maklumat daripada Fakulti/pihak pengurusan

Dapatkan maklumat seperti tarikh akhir hantar tesis supaya kita boleh plan kerja dengan baik. Setelah dapat tahu, boleh buat Gant Chart apa aktiviti yang akan dilakukan pada setiap minggu/bulan. Cth bulan 9: Cari tajuk/literature review. Bln 10: hantar bab 1.
Sebenarnya kalau untuk pelajar space part-time ni 1 pembolehubah je.. coz masa terlalu pendek.. Tapi aku buat 2 pembolehubah.. menyahut cabaran!!
**

2. Kenalpasti tajuk kajian.**

Ada beberapa strategi yang aku gunakan untuk dapatkan tajuk seperti di bawah:-
  • Kena tahu bidang apa yang kita minat untuk kaji
  • Cuba tengok tesis lepas dan baca bab 5. Dalam bab 5, pelajar perlu memberi cadangan kepada pengkaji akan datang. Jadi boleh buat tajuk ikut cadangan dalam tesis tu.
  • aku galakkan buat kajian kuantitatif. lebih mudah berbanding kualitatif. hanya perlu belajar SPSS. pasti boleh, sbb byk bahan dan tutorial dlm youtube (aku akan tunjuk tutorial nati..Bila?? tunggu...)
  • ataupun cuba cari beberapa tesis lepas yg ada 2 pemboleh ubah. misalnya tesis 1 mengkaji hubungan antara tekanan kerja dgn kepuasan kerja, tesis 2 pula mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dgn komitmen kerja, jadi boleh gunakan soal selidik sedia ada tu buat kajian baru mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan komitmen kerja. ini hanya contoh shj ye
  • kena pastikan tajuk yang dipilih tu sesuai dengan responden yang akan terlibat.
  • samada tentukan responden dulu atau pilih tajuk dulu. jika nak pilih tajuk dulu boleh guna strategi kt atas tu yer 🤓 tapi jika sudah tentukan responden misalnya cikgu aku cadangkan baca semua tesis tentang guru, dan cuba lihat pattern..apakah isu yg wujud di kalangan guru tapi tidak dikaji..apakah yang sering dikaji (kalau dah byk sgt kajian yg ada, tajuk mungkin ditolak)
3. Dapatkan UTM Thesis manual (2015)

Sebenarnya apa yang penting dapatkan dulu panduan. Ini adalah sangat penting supaya kita dapat gambaran secara keseluruhan dan tidak sesat jalan. Jangan dah siap baru nak dapatkan manual ni. Bagus kalau dapatkan lebih awal dan boleh la mula selak2 sebelum semester bermula.
ni link untuk dapatkan secara pdf

http://sps.utm.my/wp-content/uploads/2015/11/edit-UTM-Thesis-Manual-TERKINI-SIAP-140920151.pdf

4. Cari Supervisor dan selidik die expert dlm bidang apa

Cari dulu supervisor..macamane nk cari? kalau kita kenal beberapa lec. pun ok, boleh terus berbincang mengenai tajuk, objektif dan lain-lain. Cara lain adalah pergi ke laman web fakulti dan cari senarai lecturer & tgk expertise dan bidang contoh jika course human resource dev. ni antaranya adalah, carrier development, training, adult learning dll. Pastikan juga kita pun 'serasi' dengan apa bidang yang supervisor tu ada. Jika nak dapat result dan tesis yang baik mestilah bersahabat dengan supervisor. Ambil peluang untuk bertanya jika tidak paham, nampakkan kesungguhan kita. Kalau tak silap 70% markah tesis sarjana muda adalah daripada supervisor. Follow gant cart dan juga segala instruction dari supervisor. Time line tu follow!. Mesti punctual so bile dh dpt SV yg dikehendaki dptkn la no handphone dan trus contact adakah die still available.. boleh start berbincang tajuk dll.
aritu tu aku dah cop awal2 SV aku 6bln awal dri semester sebenar tu
start😁, sampi SV aku tu kate 'cepatnye.. stress saya' ha.. ha..contact sv dan maybe kite boleh tanya pndapat. Contoh.... aku pilih carrier development.. klu die kate ok so boleh start carik topik yg spesifik sikit..& SV aku kate carikla topik yg org x buat research lagi..🙄 pening sekejap... aku pun start search semua mengenai carrier development di Library. Dapatkan 10 buah buku dan pinjam terus...dan carik sekali contoh tesis yang berkaitan!

5. Buat Proposal

Sebenarnya kalau untuk degree ni x perlu proposal pun, tengok SV, biasenye SV tak mintak..tapi kalau kita nak dapat A... markah bagus kne la buat... 70% markah dari SV kan.....
Dah dapat bidang ape yg kite nk.. so let's search the topic plk.. hmmm aku search kt library (online je)..carik la topik2 yg berkaitan dengan bidang yg kite nak tu..bila dah dapat boleh la inform blik kat SV.. if ok boleh trus wat proposal.. ni la isi kandungan proposal tu.. (2-3 mukasurat).. untuk gambaran reseacrh yang bakal kita buat tu..
  • Pengenalan -Cerita daripada skop yang bekal kepada yang kecil.
  • Latarbelakang kajian - yang ni maksudnya skop yang luas..cth jika kajian pada guru di Sek. di Johor, dalam latarbelakang menceritakan isu2 di kalangan guru2 di seluruh dunia/malaysia.
  • Pernyataan masalah - yang ni lebih spesifik, fokus kepada pemboleh ubah yang akan dikaji..cth jika kajian tentang tekanan kerja dan komitmen kerja, jadi dalam bahagian ini perlu perincikan yang daripada banyak2 masalah yang dihuraikan dalam latarbelakang kajian, didapati bahawa tidak banyak kajian yang mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan komitmen kerja....jadi kajian ini dilakukan..
  • Objektif kajian - biasanya jika ada 2 pemboleh ubah, mudah
         📕kenalpasti tahapEfikasi Kendiri
         📗kenalpasti tahap Strategi Pembangunan Kerjaya Individu
         📙kenalpasti hubungan antara Efikasi Kendiri dan tahap  
              Strategi Pembangunan Kerjaya Individu
  • Kajian-kajian lepas - senaraikan seberapa banyak kajian lepas yang telah mengkaji tajuk yang dipilih. 1 perenggan 1 kajian lepas. Boleh tengok contoh dalam bab 2 dalam tesis lepas. SV aku memang agak cerewet...tapi kalu nak buat reseach yang bagus kenalah carik SV yang bagus kan... layannn, Sv aku nak satu variable 10 kajian lepas...so memandangkan aku buat 2 variable kenalah ada 20 kajian lepas...banyak kan!!! dengan masa yang sangat-sangat la singkat...aku memang sahut cabaran!
  • Responden kajian - siapa, kenapa?
  • Gant Chart -aku dak estimate setiap chapter berapa lama nak buat.
  • Set soal selidik
  • bila SV ok leh la Start Writing...
6. Pastikan ada sumber rujukan

Setiap penyataan pastikan mempunyai sumber/rujukan. Jika tesis kita bagus ianya akan di baca oleh orang lain dan rujukan itu adalah penting untuk membuktikan kesahihan penyataan yang kita tulis. Ianya juga untuk memudahkan kita dan pembaca merujuk semula bahan-bahan rujukan tersebut. Setiap kali menulis aku akan terus letak reference...senang sikit bila nak review balik nanti.

ni contoh tesis yg aku buat☺️
http://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV4_N2_P125_135.pdf

file:///private/var/mobile/Containers/Shared/AppGroup/5BA5EAFB-EFB2-4302-BB96-05B485B2B75C/Media/592D42C0-0337-4945-9DAE-96A74FA1F166/FINAL%20TESIS%20CHPTR%201-5,%20REF,%20Q%2023.6.16%20PRINT.docx

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...