Friday 9 September 2016

Tips menghadapi viva -thesis

Tesis dah hantar, tapi belum rasa lega sepenuhnya.. menunggu debaran untuk menghadapi viva 😰 jangan takut 👻 disini aku akan kongsikan serba sedikit pengalaman aku menghadapi viva.

1.  Pastikan anda bersedia sepenuhnya dengan faham tesis anda.

Part ini adalah yang amat penting. Kita wajid tahu dengan baik tentang tesis yang kita buat. Baca, faham, ada rujukan dan bahan-bahan sokongan contoh jurnal-jurnal, artikel dll. Sediakan perisai sebelum ditembak 🔫 sediakan payung sebelum hujan🏖☔️. Oleh itu bab 1 sampi bab 5 memang dah ada dalam tangan dan otak keyyy.


2. Buat Slide Powerpoint

Bila presentation.. of course kenalah buat slide kan.. Jangan buat slide panjang berjela. Buat simple sahaja. Cube hafal dan faham. Ini contoh yang SV aku bagi..😉

✏️ Latarbelakang & pernyataan mslh:1-2 slide
✏️Obj: 1 slide
✏️Definisi konsep & operational: 1-2 slide
✏️Kerangka kajian: 1 slide
✏️Kajian2 lepas/model/teori (yg sokong kerangka kajian awak): 1-2 slide
✏️Metodologi kajian (populasi.sampel.kaedah sampel.rekabentuk.pilot test - poin form shj) 1 slide
✏️Kaedah kumpul & analisa data: 1 slide
✏️Table Demografi: 1 slide
✏️Hasil Obj 1: 1 slide
✏️Hasil obj 2: 1 slide
✏️Hasil obj 3: 1 slide
✏️Cadangan: 1 slide
aku buat dalam 15 slide sahaja. Baca dan faham setiap slide untuk membantu kita bercakap dengan lancar dan confident.

3.  Kenali Panel Pemeriksa anda

Setelah dapat senarai pemeriksa viva, boleh la start cari mengenai info pemeriksa tu. Contoh latarbelakang bidang pengajaran yang diambil. Kalau dapat...tanya senior2 yang pernah viva dengan pemeriksa tersebut. Kenalilah pemeriksa supaya dapat bersedia lebih awal.

4. Personaliti

Persediaan mental dan fizikal amatlah penting. Pakaian mestilah yang bersesuaian. Aku suggest kalau perempuan pakai baju kurung (warna yang soft) dan berkasut tutup hitam. Kalau lelaki pakai seluar slack dan kemeja.. (macam nak pergi interview). Berpakaian yang selesa supaya tidak mengganggu sesi pembentangan tersebut.

5. Bertenang dan yakin😎

Sebelum menghadapi viva pastikan kita tahu peraturan2. Contoh datang awal dan bersedia. Ini penting untuk mengelakkan sebarang masalah. Kalau boleh datang 1 jam awal. Pastikan notebook/latop dalam keadaan baik (stanby jika tidak disediakan). Melangkah dengan confident dan lemparkan senyuman yang paling manis.., okey😊

sape2 nak contoh slide boleh lah tinggalkan email address di ruangan komen tu yer...
insyaAllah akan di reply & email😊

11 comments:

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...