Friday 16 September 2016

Panduan dan tips menghadapi temuduga kerja🙇



Kali ini aku akan kongsikan beberapa panduan dan tips bagi menghadapi temuduga/interview. Aku last attend interview tahun 2013 masa tu interview kenaikan pangkat. Sebelum tu aku memang pernah menghadiri beberapa pengalaman dalam menghadiri interview. Samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Aku pernah interview di Kementerian Pertanian, Tabung Haji dan UTM. Apapun semoga dengan panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak pembaca sekalian untuk menghadiri interview. ok..

1. Dapatkan maklumat mengenai Jabatan/syarikat

Sebelum anda menghadiri interview dapatkan maklumat mengenai jabatan/syarikat seperti misi, visi, objektif, matlamat. Contoh masa aku interview di UTM aku baca buku ini mengenai DNA UTM.

2. Sediakan Resume

Pastikan anda menyediakan resume yang lengkap mengandungi maklumat diri anda seperti latarbelakang, tahap pendidikan, pengalaman pekerjaan, kemahiran-kemahiran yang ada, kegiatan kemasyarakatan dan sebagainya.

3. Personaliti
       
   Pastikan anda berpakaian yang sesuai, menutup aurat dan kemas. Ianya menunjukkan first impression anda. Penampilan yang baik dapat memberi impak yang positif terhadap diri anda. Jangan memakai warna-warna yang terang. Sebaik-baiknya anda memakai kasut yang bersesuaian.👔👞

4. Datang Awal🏃

Bagi mengelakkan sebarang gangguan, pastikan anda hadir awal. Ini sebagai persediaan dan untuk mengelakkan perasaan gugup dan takut. Jika boleh anda sampai 15-30 minit awal.
       
5. Jawab dengan yakin🗣

Kebiasaannya penemuduga akan melihat cara anda bercakap dan menjawab soalan. Pastikan anda menjawab setiap soalan yang diajukan dengan yakin dan lancar. Contoh soalan biasa adalah 'ceritakan tentang diri anda?' atau 'Apa sumbangan anda sekiranya anda diterima?'. Jangan hanya berdiam diri. Ini lah masanya untuk anda 'menjual' diri. Cerita dari sudut yang positif. Mulakan dengan pengenalan dan akhiri dengan terima kasih.😊

6. Berdoa dan tawakal

Bertenang dan tarik nafas. Anda telah berusaha dan bersedia. Jadi berdoa dan tawakal sahaja. Sekiranya ada rezeki anda memang tidak kemana.

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...