Saturday 24 September 2016

Tips Menulis Tesis Dengan Baik... Insya Allah Dapat A

Tips doing research.. TESIS

Final sem 1 2016/2017 aku decided utk wat tesis..sem ni start bulan Feb hingga bulan Mei 2016.. kat sini aku nk kongsikan tips2 utk buat tesis lebih2 lagi dalam masa yg sangat singkat macam aku ni lah..
aku kena siapkn chpter 1-5 dlm mase 1 sem (5months)!!
mmg mncabar...yg pasti kena prepare lebih awal! tu wajib!

1. Dapatkan maklumat daripada Fakulti/pihak pengurusan

Dapatkan maklumat seperti tarikh akhir hantar tesis supaya kita boleh plan kerja dengan baik. Setelah dapat tahu, boleh buat Gant Chart apa aktiviti yang akan dilakukan pada setiap minggu/bulan. Cth bulan 9: Cari tajuk/literature review. Bln 10: hantar bab 1.
Sebenarnya kalau untuk pelajar space part-time ni 1 pembolehubah je.. coz masa terlalu pendek.. Tapi aku buat 2 pembolehubah.. menyahut cabaran!!
**

2. Kenalpasti tajuk kajian.**

Ada beberapa strategi yang aku gunakan untuk dapatkan tajuk seperti di bawah:-
  • Kena tahu bidang apa yang kita minat untuk kaji
  • Cuba tengok tesis lepas dan baca bab 5. Dalam bab 5, pelajar perlu memberi cadangan kepada pengkaji akan datang. Jadi boleh buat tajuk ikut cadangan dalam tesis tu.
  • aku galakkan buat kajian kuantitatif. lebih mudah berbanding kualitatif. hanya perlu belajar SPSS. pasti boleh, sbb byk bahan dan tutorial dlm youtube (aku akan tunjuk tutorial nati..Bila?? tunggu...)
  • ataupun cuba cari beberapa tesis lepas yg ada 2 pemboleh ubah. misalnya tesis 1 mengkaji hubungan antara tekanan kerja dgn kepuasan kerja, tesis 2 pula mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dgn komitmen kerja, jadi boleh gunakan soal selidik sedia ada tu buat kajian baru mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan komitmen kerja. ini hanya contoh shj ye
  • kena pastikan tajuk yang dipilih tu sesuai dengan responden yang akan terlibat.
  • samada tentukan responden dulu atau pilih tajuk dulu. jika nak pilih tajuk dulu boleh guna strategi kt atas tu yer 🤓 tapi jika sudah tentukan responden misalnya cikgu aku cadangkan baca semua tesis tentang guru, dan cuba lihat pattern..apakah isu yg wujud di kalangan guru tapi tidak dikaji..apakah yang sering dikaji (kalau dah byk sgt kajian yg ada, tajuk mungkin ditolak)
3. Dapatkan UTM Thesis manual (2015)

Sebenarnya apa yang penting dapatkan dulu panduan. Ini adalah sangat penting supaya kita dapat gambaran secara keseluruhan dan tidak sesat jalan. Jangan dah siap baru nak dapatkan manual ni. Bagus kalau dapatkan lebih awal dan boleh la mula selak2 sebelum semester bermula.
ni link untuk dapatkan secara pdf

http://sps.utm.my/wp-content/uploads/2015/11/edit-UTM-Thesis-Manual-TERKINI-SIAP-140920151.pdf

4. Cari Supervisor dan selidik die expert dlm bidang apa

Cari dulu supervisor..macamane nk cari? kalau kita kenal beberapa lec. pun ok, boleh terus berbincang mengenai tajuk, objektif dan lain-lain. Cara lain adalah pergi ke laman web fakulti dan cari senarai lecturer & tgk expertise dan bidang contoh jika course human resource dev. ni antaranya adalah, carrier development, training, adult learning dll. Pastikan juga kita pun 'serasi' dengan apa bidang yang supervisor tu ada. Jika nak dapat result dan tesis yang baik mestilah bersahabat dengan supervisor. Ambil peluang untuk bertanya jika tidak paham, nampakkan kesungguhan kita. Kalau tak silap 70% markah tesis sarjana muda adalah daripada supervisor. Follow gant cart dan juga segala instruction dari supervisor. Time line tu follow!. Mesti punctual so bile dh dpt SV yg dikehendaki dptkn la no handphone dan trus contact adakah die still available.. boleh start berbincang tajuk dll.
aritu tu aku dah cop awal2 SV aku 6bln awal dri semester sebenar tu
start😁, sampi SV aku tu kate 'cepatnye.. stress saya' ha.. ha..contact sv dan maybe kite boleh tanya pndapat. Contoh.... aku pilih carrier development.. klu die kate ok so boleh start carik topik yg spesifik sikit..& SV aku kate carikla topik yg org x buat research lagi..🙄 pening sekejap... aku pun start search semua mengenai carrier development di Library. Dapatkan 10 buah buku dan pinjam terus...dan carik sekali contoh tesis yang berkaitan!

5. Buat Proposal

Sebenarnya kalau untuk degree ni x perlu proposal pun, tengok SV, biasenye SV tak mintak..tapi kalau kita nak dapat A... markah bagus kne la buat... 70% markah dari SV kan.....
Dah dapat bidang ape yg kite nk.. so let's search the topic plk.. hmmm aku search kt library (online je)..carik la topik2 yg berkaitan dengan bidang yg kite nak tu..bila dah dapat boleh la inform blik kat SV.. if ok boleh trus wat proposal.. ni la isi kandungan proposal tu.. (2-3 mukasurat).. untuk gambaran reseacrh yang bakal kita buat tu..
  • Pengenalan -Cerita daripada skop yang bekal kepada yang kecil.
  • Latarbelakang kajian - yang ni maksudnya skop yang luas..cth jika kajian pada guru di Sek. di Johor, dalam latarbelakang menceritakan isu2 di kalangan guru2 di seluruh dunia/malaysia.
  • Pernyataan masalah - yang ni lebih spesifik, fokus kepada pemboleh ubah yang akan dikaji..cth jika kajian tentang tekanan kerja dan komitmen kerja, jadi dalam bahagian ini perlu perincikan yang daripada banyak2 masalah yang dihuraikan dalam latarbelakang kajian, didapati bahawa tidak banyak kajian yang mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan komitmen kerja....jadi kajian ini dilakukan..
  • Objektif kajian - biasanya jika ada 2 pemboleh ubah, mudah
         📕kenalpasti tahapEfikasi Kendiri
         📗kenalpasti tahap Strategi Pembangunan Kerjaya Individu
         📙kenalpasti hubungan antara Efikasi Kendiri dan tahap  
              Strategi Pembangunan Kerjaya Individu
  • Kajian-kajian lepas - senaraikan seberapa banyak kajian lepas yang telah mengkaji tajuk yang dipilih. 1 perenggan 1 kajian lepas. Boleh tengok contoh dalam bab 2 dalam tesis lepas. SV aku memang agak cerewet...tapi kalu nak buat reseach yang bagus kenalah carik SV yang bagus kan... layannn, Sv aku nak satu variable 10 kajian lepas...so memandangkan aku buat 2 variable kenalah ada 20 kajian lepas...banyak kan!!! dengan masa yang sangat-sangat la singkat...aku memang sahut cabaran!
  • Responden kajian - siapa, kenapa?
  • Gant Chart -aku dak estimate setiap chapter berapa lama nak buat.
  • Set soal selidik
  • bila SV ok leh la Start Writing...
6. Pastikan ada sumber rujukan

Setiap penyataan pastikan mempunyai sumber/rujukan. Jika tesis kita bagus ianya akan di baca oleh orang lain dan rujukan itu adalah penting untuk membuktikan kesahihan penyataan yang kita tulis. Ianya juga untuk memudahkan kita dan pembaca merujuk semula bahan-bahan rujukan tersebut. Setiap kali menulis aku akan terus letak reference...senang sikit bila nak review balik nanti.

ni contoh tesis yg aku buat☺️
http://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV4_N2_P125_135.pdf

file:///private/var/mobile/Containers/Shared/AppGroup/5BA5EAFB-EFB2-4302-BB96-05B485B2B75C/Media/592D42C0-0337-4945-9DAE-96A74FA1F166/FINAL%20TESIS%20CHPTR%201-5,%20REF,%20Q%2023.6.16%20PRINT.docx

Friday 16 September 2016

Panduan dan tips menghadapi temuduga kerja🙇



Kali ini aku akan kongsikan beberapa panduan dan tips bagi menghadapi temuduga/interview. Aku last attend interview tahun 2013 masa tu interview kenaikan pangkat. Sebelum tu aku memang pernah menghadiri beberapa pengalaman dalam menghadiri interview. Samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Aku pernah interview di Kementerian Pertanian, Tabung Haji dan UTM. Apapun semoga dengan panduan ini dapat membantu sedikit sebanyak pembaca sekalian untuk menghadiri interview. ok..

1. Dapatkan maklumat mengenai Jabatan/syarikat

Sebelum anda menghadiri interview dapatkan maklumat mengenai jabatan/syarikat seperti misi, visi, objektif, matlamat. Contoh masa aku interview di UTM aku baca buku ini mengenai DNA UTM.

2. Sediakan Resume

Pastikan anda menyediakan resume yang lengkap mengandungi maklumat diri anda seperti latarbelakang, tahap pendidikan, pengalaman pekerjaan, kemahiran-kemahiran yang ada, kegiatan kemasyarakatan dan sebagainya.

3. Personaliti
       
   Pastikan anda berpakaian yang sesuai, menutup aurat dan kemas. Ianya menunjukkan first impression anda. Penampilan yang baik dapat memberi impak yang positif terhadap diri anda. Jangan memakai warna-warna yang terang. Sebaik-baiknya anda memakai kasut yang bersesuaian.👔👞

4. Datang Awal🏃

Bagi mengelakkan sebarang gangguan, pastikan anda hadir awal. Ini sebagai persediaan dan untuk mengelakkan perasaan gugup dan takut. Jika boleh anda sampai 15-30 minit awal.
       
5. Jawab dengan yakin🗣

Kebiasaannya penemuduga akan melihat cara anda bercakap dan menjawab soalan. Pastikan anda menjawab setiap soalan yang diajukan dengan yakin dan lancar. Contoh soalan biasa adalah 'ceritakan tentang diri anda?' atau 'Apa sumbangan anda sekiranya anda diterima?'. Jangan hanya berdiam diri. Ini lah masanya untuk anda 'menjual' diri. Cerita dari sudut yang positif. Mulakan dengan pengenalan dan akhiri dengan terima kasih.😊

6. Berdoa dan tawakal

Bertenang dan tarik nafas. Anda telah berusaha dan bersedia. Jadi berdoa dan tawakal sahaja. Sekiranya ada rezeki anda memang tidak kemana.

Friday 9 September 2016

Tips menghadapi viva -thesis

Tesis dah hantar, tapi belum rasa lega sepenuhnya.. menunggu debaran untuk menghadapi viva 😰 jangan takut 👻 disini aku akan kongsikan serba sedikit pengalaman aku menghadapi viva.

1.  Pastikan anda bersedia sepenuhnya dengan faham tesis anda.

Part ini adalah yang amat penting. Kita wajid tahu dengan baik tentang tesis yang kita buat. Baca, faham, ada rujukan dan bahan-bahan sokongan contoh jurnal-jurnal, artikel dll. Sediakan perisai sebelum ditembak 🔫 sediakan payung sebelum hujan🏖☔️. Oleh itu bab 1 sampi bab 5 memang dah ada dalam tangan dan otak keyyy.


2. Buat Slide Powerpoint

Bila presentation.. of course kenalah buat slide kan.. Jangan buat slide panjang berjela. Buat simple sahaja. Cube hafal dan faham. Ini contoh yang SV aku bagi..😉

✏️ Latarbelakang & pernyataan mslh:1-2 slide
✏️Obj: 1 slide
✏️Definisi konsep & operational: 1-2 slide
✏️Kerangka kajian: 1 slide
✏️Kajian2 lepas/model/teori (yg sokong kerangka kajian awak): 1-2 slide
✏️Metodologi kajian (populasi.sampel.kaedah sampel.rekabentuk.pilot test - poin form shj) 1 slide
✏️Kaedah kumpul & analisa data: 1 slide
✏️Table Demografi: 1 slide
✏️Hasil Obj 1: 1 slide
✏️Hasil obj 2: 1 slide
✏️Hasil obj 3: 1 slide
✏️Cadangan: 1 slide
aku buat dalam 15 slide sahaja. Baca dan faham setiap slide untuk membantu kita bercakap dengan lancar dan confident.

3.  Kenali Panel Pemeriksa anda

Setelah dapat senarai pemeriksa viva, boleh la start cari mengenai info pemeriksa tu. Contoh latarbelakang bidang pengajaran yang diambil. Kalau dapat...tanya senior2 yang pernah viva dengan pemeriksa tersebut. Kenalilah pemeriksa supaya dapat bersedia lebih awal.

4. Personaliti

Persediaan mental dan fizikal amatlah penting. Pakaian mestilah yang bersesuaian. Aku suggest kalau perempuan pakai baju kurung (warna yang soft) dan berkasut tutup hitam. Kalau lelaki pakai seluar slack dan kemeja.. (macam nak pergi interview). Berpakaian yang selesa supaya tidak mengganggu sesi pembentangan tersebut.

5. Bertenang dan yakin😎

Sebelum menghadapi viva pastikan kita tahu peraturan2. Contoh datang awal dan bersedia. Ini penting untuk mengelakkan sebarang masalah. Kalau boleh datang 1 jam awal. Pastikan notebook/latop dalam keadaan baik (stanby jika tidak disediakan). Melangkah dengan confident dan lemparkan senyuman yang paling manis.., okey😊

sape2 nak contoh slide boleh lah tinggalkan email address di ruangan komen tu yer...
insyaAllah akan di reply & email😊

Kangkung Goreng Belacan Meletop

img-alternative-text
resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha..
bahan-bahannyer seperti di bawah ni...

bahan utk di kisar @ tumbuk
  1. sebiji bawang merah
  2. dua biji bawang putih
  3. ikan bilis
  4. cili padi
  5. belacan secukup rase
  6. Sayur kangkung lbih kurang satu ikat🙄
cara memasak
  1. Panaskan minyak
  2. Goreng bhn yg dikisar sehingga garing (agak kering)
  3. Kemudian masukkan sayur kangkung dan gaul sebati dengan bahan2 yang digoreng tadi yer..
  4. Tambah air sedikit (dalam suku cawan jek)
  5. Gaul dan biarkan dalam 2-3 minit
  6. Sedia utk di hidang
image-6   
Ini lah rupa sayur kangkung tu...potong dan cuci yer...

image-7
                                                   










Ini lah bahan2 yang perlu dikisar...

image-5

                                       








ni gambar yang dah siap...gambar yang tengah goreng
luperlah nak ambik...soryyy

siap!!
easy to learn!☺️✌🏼️

Thursday 8 September 2016

Perkara yang perlu dilakukan sebelum sambung belajar part-time📚

Perkara yg perlu dibuat Sebelum sambung belajar

Setiap subjek yang aku ambil ni ada cerita suka, duka dan cabaran yang tersendiri..☺️ Bukan mudah untuk seorang yang telah berkeluarga dan bekerja untuk menyambung pelajaran secara part time ni yer.. sebelum ambil keputusan ni banyak benda yang aku fikir.. timbang tara dan buat some research..aku compare kan beberapa universiti yg offer utk part time. Contohnya uitm, upm, utm, usm dan oum. Kelima2 universiti ni aku tengok dan bandingkan dari segi yuran permohonan, course yang perludiambil, tution fees, duration, clss untuk attend kuliah dan tempat. Aku memang agak details sikit utk pilih sebab dulu aku pernah cont. study di uitm. aku ambil sarj. muda sains pentadbiran masa tu. bila yer 🙄 year 2005 rasenye.. separuh jalan jer (sampai 3 sem).. yuran tak boleh nak bayar coz aku mse tu tgh tanam anggur selepas brhnti kerja.. bos aku memang tidak suport langsung utk further study.. private.. biasela.. and clss mase tu sebulan sekali di shah alam.. naik bus and tido rmh mmber dekat seksyen 17!
So selepas aku buat sedikit research.. aku rse utmspace adalah pilihan aku yg terakhir.. wlaupun aku kerja kat utm! sebab apa..??? clsss every week.. so mase utk family tu almost x de!! tpi yang bagusnya clss dekat kalau nk dibandingkan dengan universiti yang lain... so... pikir... punye pikir....🙄 aku sahut juga cabaran coz my hubby pun dh bagi sokongan padu.. 5 tahun tau! Aku decide utk ambil utmspace.. part time! clsss every weekend okey😊 so.. first skali pindh rumah.. dulu aku duduk kat senai.. tmn bukit senang.. rmh hubby.. so anak satu mase tu arisa setahun setengah.. pindah rumah utk dekat datang clss and jimat duit untuk bayar yuran.. so rmh senai tu kitorg sewakan...✌🏼️
So kat sini aku nak kongsikan

perkara yang kita perlu buat sebelum decide utk sambung belajar:-

1. Pilih course yang sesuai.
First sekali kena lah pilih course apa yang sesuai dengan jiwa dan raga kita. Lagi bagus kalau ade related dengan kerja kita. elakkan dari mengambil course yang diluar tahap kemampuan kita. Pada aku zaman bujang dengan family bila belajar ni memang banyak perbezaan. Dulu memang aku study akaun dan kerja sekarang pun dalam bidang tu.. tapi aku rase aku tak mampu nak continue dalam bidang yang sama.. tapi course yg aku ambil ni tak de la lari terus dengan kerja skarang.. tapi aku dh tak kisah..klu ade rezeki tidak ke mana.. kepelbagaian tu kadang2 memang bagus👍 yg pnting usaha💪🏻

2. Buat sedikit Research
Perkara utama of couse la kena selidik dulu apa course yg nk kita ambil, sesuai tak dengan jiwa kita. Macam yang aku story kat 👆🏿tadi aku memang ada wat sedikit reseacrh.. buat simple table..(senang untuk buat perbandingan)
contoh, bil. , nama universiti, yrn kemasukan, yuran pengajian, jadual class, lokasi, tahun pengajian.. semua benda yang kita nak tahu la..
Selidik setiap universiti untuk dapatkan maklumat tu, sekarang tak susah mane pun just search kat internet & tengok di laman web., carik maklumat dan masukkan dalam table yg kita buat tu.. bila dh dapat maklumat baru la mudah utk buat keputusan.

3. Lihat sumber kewangan/tajaan/pinjaman

Bila dah buat sedikit reseach seperti di atas tu.. boleh la kita bajet kewangan kita..kalau pinjam sekarang ni yg mudah PTPTN la kan... klu tak pun KWSP... kalau pelajar dh brkerja susah sikit untuk dapatkan biasiswa.. nmenye pun dh kerje kan 🙄 Aku memang totally guna duit sendiri.. 💰
dulu mse mula2 masuk (2010) yuran 1 kredit rm150 skrg klu x silap dh rm170 (merasa aku satu sem).. ha.. ha..
Aku byr yuran hasil aku jual rumah kt bbu (bukan byk sgt pun)... pastu aku main undi.. kira simpan sebulan rm200 utk undi.. & ade diskaun 20% utk staf (satu sem dpt dis dlm rm200 ++) Elakkan berhutang yer..tapi kalau dh terpaksa lain cerita💸

ni la total yuran pengajian aku sampai final year.. Alhamdulillah selesai bayar siap terlebih! yg penting tiada hutang.... gaji sebagai pembntu tadbir dapat selesaikan yuran tanpa hutang...🔑 dengan hidup sederhana.. syukur😊

4. Ber bincang dengan keluarga

Bila dah bekeluarga, ni tak boleh la buat keutusan sendiri2... kenala berbincang☺️dapatkan restu dan sokongan! itu sgtt penting.. clss pun weekend kan., kena la pikir sape nk ja ank kita tu yer... macam aku plk utk 3yr pertama tu clss sat & sun, husband aku kje sabtu tu halfday ptg aku ade clss.. so blik kerja tu pukul 2 dia jga ank & aku pergi clss.. hari ahad plk husband cuti jdi dia la kena jaga ank coz aku gi clss biase kul 8.30 sampi petang & kadang2 sampi tghri..
utk 2 thn kedua tu disebabkn johor cuti jumaat & sabtu so memang agak kelam kabut la sikit coz jumaat tu clss start pukul 6ptg so aku terpaksa tunggu husband blik kerja seblum pergi clss dan sabtu pun sama.. aku terpaksa tggu husband blik pukul 2ptg bru aku pergi clss..& klu ade clss pagi sabtu tu terpksala aku ponteng klu x de org nk jge ank2.. pening gak.. x pe la bersush2 dahulu.. bersenang lenang kemudian... insyaAllah☺️
so kat sini kena pastikan kite ada sokongan.. expecially ada orang nk jaga ank2 kita..jadi bolehla pergi menuntut ilmu dengan tenang..

5. Minda mesti always positif!

Yang ni sangat penting! Fokus! apa tujuan kita untuk further study? adakah untuk dapat ilmu? untuk naik pangkat? untuk dapat penghargaan? untuk naikkan taraf hidup? which one??? mula2 aku pikir utk naikpangkat.. tpi skarang aku dh x kisah semue tu coz zaman skarg dh x semudah zaman dulu.. ssh utk dapat kerja kan.. saingan pun sengit!
byak beza org yg ada ilmu dengan tiada ilmu... aku mengharapkan sedikit ilmu yg aku ade ni aku dapat sebarkan expecially untuk ank2 aku.. motivation utk diorg.. supaya diorg akan dpt lebih dripd yg aku ade sekarang... !insyaAllah..😊 tepukla dada tanyalah selera!🍭

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...