Friday 2 December 2016

Amalan doa untuk mendapat ank2 soleh & solehah

Bacaan doa untuk mendapat anak2 soleh & solehah..InsyaAllah..
Setiap pagi dalam kereta otw nk pergi kerja tu aku memang suka dengar radio.. of course la ikim fm. Ye lah orang kata pagi pagi ni bukan setakat untuk makan sarapan sahaja... rohani pun kena la bagi makan juga.. betul tak 😊
Perjalanan nk pergi kerja biasa ambil masa dalam 10-30 minit. Kalau musim cuti sekolah & jumpe semua lmpu hijau.. hi.. hi...😁10 minit dh sampai.. tpi jarang2 la... biasanya klu hari biasa tu adalah dalam 15 ke 30 min.. 7am tu dh keluar rmh.. pling lmbt pun 7.15am...hantr ank2 lagi kan...🚗so cukup la masa yg singkat dan adakala mengadap jammed tu untuk mendengar motivasi pagi kan.. biasa 7.30 tu dah start.. klu x silap🤔👍
Bukan mudah untuk menjaga dan mendidik anak - anak kan... Klu ramai lagi la.. ni yg hanya tiga orang pun dah lintang pukang😁 Kekadang sampai terpikir aku ni mmg x reti nk mndidik ank3 agknyer... klu bab brgaduh tu mmg perkara biada.. Topik motivasi pagi ni memang tepat dengan sasaran la..bagus untuk aku cuba gunakan dalam kehidupan seharian ni lebih2 lagi dalam mmdidik anak2.. bukn semudah satu.. due.. tiga ye😁✌🏼️
Sepanjang perjalanan yg agak singkat tu ape yang aku dapat adalah beberapa doa & ayat dalam surah2 di Al-Quran yg boleh diamalkan untuk mndapatkn anak2 yg soleh & solehah seperti di bawah ni:-
  1. Surah Al-Ahqaaf
‎وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"


2. Surah Ibrahim ayat 40
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء ‫﴿٤٠﴾‬
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.


3. Surah Furqan ayat 74
‎رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga dapat diamalkan.. aminn...

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...