Monday 30 October 2017

SAMBAL IKAN BILIS / PETAI 😍😉

Masak sambal ni aku rase tak berapa susah sangat..cuma nak siang lada tu agak bercinta lah sikit kan...😑😄 coz nk kne basuh bersih2...buang biji lagi..aku potong gune gunting then basuh dan rebus sekejap jek 3 minit pastu basuh balik & buang bijik👍🌶🌶oraitt bahan-bahannya seperti di bawah ini🐾🐔

Bahan2 A untuk dikisar
1. Bawang merah 2biji sederhana besar (kt pic. tu aku ltak 1 1/2 coz yg sekerat tu boleh tahan besarnya😅
2. Bawang putih 3 ulas
3. Ikan bilis yg dh goreng
4. Sedikit belacan
5. Cili merah/cili kering


Bahan-bahan B
1. Asam Jawa
2. Garam satu sudu teh
3. Gula 5 sudu besar
4. Ikan bilis yang dah di goreng
5. Petai yang dah siap kupas



Cara-cara memasak🎻🎺

1. Panaskan sedikit minyak (aku letak dalam 5 sudu minyak) biase main tuang jek😆😅
    klu ikut anggaran gitulah yer..👌😄

2. Agak2 minyak dh panas...api sederhana ya..masukkan bahan2 A yang telah dikisar.

3. Kemudian goreng bahan kisar selama  lbih kurang 30 minit..

4. Sementara memggoreng bahan tu masukkn garam satu sudu teh, then masukkn gula 5 sudu besar
    (ikut masing2) klu boleh kurangkan gula untuk kesihatan yer😆😅😘....
    Masukkan juga asam jawa okey... Gaul sampai agak garing dan sedikit kering..

5. Last sekali masukkan petai dan ikan bilis separuh yang digoreng tadi, gaul 30 saat dan angkat.
    (tak suka lama-lama nanti tak rangup ikan bilis tu dan petai jgn terlalu lama di masak)



ini bahan A untuk di kisar...untuk makluman
ikan bilis tu aku dah siap goreng...
kisar je semue tu jgn lupe kisar ngan cili/lada
merah yg dh dibasuh tu😋
ini rupe cili merah yg dh dipotong.. dicuci..
direbus sekejap dan dh dibuang biji okeyyy
ini yg nk dikisar...aku kisar sampai halus mulus😃
ini gambar air asam jawa..sedikit jek & agak pekat
ini ikan bilis yang digoreng..nanti kena kisar
sekali dengan bahan2 A dan separuh tinggalkan untuk diletak masa last skali
Bahan2 A yang dikisar tu digoreng bersama
minyak dengan api yang sederhana okey..masukkan garam anggaran 1/2 sudu teh

digoreng hingga agak garing dan kering

masukkan gula..

sambil menggaul tu masukkan juga air asam jawa
masukkan ikan bilis yang dah goreng tu dan petai

oraittt..ni rupa yang dah siap!
amacam...sila lah try...


#jgnkecam#
#akubukanchef#

Sunday 29 October 2017

PUCUK PAKU LEMAK CILI API ♨🔥






Memandangkan aku ni orang kampung..jadi kalau kata tak kenal dengan pucuk paku ni...hmmm...tipulah kan 🏞🏡
Di bawah adalah bahan2 untuk menghasilkan sayur lemak pucuk paku ni. Macam biasa bahan2 tu aku agihkan ikut Bahan A untuk dikisar dan Bahan B. Harap memudahkan dan boleh difahami ya sahabat2 pembaca sekalian🤗

Bahan2 A
1. Bawang Merah 1 1/2 biji
2. Bawang Putih lbih kurg 3 biji
3. Ikan Bilis
4. Cili Padi 30 biji (ikut kalau tak nak pedas.. Kurangkan key) 🔥

Bahan2 B
1. Pucuk Paku (dalam 3 cekak)
2. Santan 1 biji kelapa @ sekotak
3. Garam secukup rasa
4. Minyak masak

ini adalah bahan2 A yang akan dikisar...
cili tu aku memang suke banyak ya...jgn lupe buang batang cili tu mase nak kisar...bawang tu pun potong kecik2 senang nak kisar.....cili yg byk...pedass👍👍🔥i likeee😍

santan yang dah siap perah...kalau suka banyak
kuah letak la macam kat atas tu..
satu biji kelapa...cukup...✅

pucuk paku yang dah siap dibersihkan dan
dicuci... ni ade dalam 3 cekak la...byk gak mak
aku petikkan...tq mum😚


cara nak bersihkan...batang buang..ambil daun dan pucuknya sahaja..okeyy😉

Cara-cara memasaknyer😋😋

1.  Mula2 kisar bahan A hingga halus

2. Panaskan sedikit minyak (anggaran 3 sudu besar).

3. Masukkan bahan2 A yang telah dikisar tadi dalam minyak yang dah sedia panas tu dan
    goreng dalam 3-4 minit hingga agak kering sedikit😉

4. Kemudian masukkan sedikit garam (anggaran satu sudu teh) dan gaul2 kan.

5. Masukkan sayur Pucuk Paku dahulu dan gaul2 lagi. Jangan lama sgt gaul2 bagi sebati
    dengan rempah dalam kurang dari 1 minit.

6. Selepas itu masukkan santan pula. Gaul2 bagi sekata. Agak2 Pucuk Paku tu bertukar warna
    hijau agak2 muda dan layu boleh lah di angkat. Biasa kurang 5 minit juga aku gaul dan
    biarkan masak. Jangan terlalu lama nanti sayur lembik sgt kerana terlalu masak.

7. Guna api yang sederhana sahaja.

bahan A yang dikisar halus

bahan A digoreng dengan minyak masak
dalam 4-5 minit...

masukkan setengah sudu garam...
secukup rase lah...ikut selera masing2😉

masukkan pucuk paku yang telah dibersihkan tadi
dan gaul rata... kemudian baru masuk santan seperti gambar ni






dah siap...pedas power...menyengat🐝🐝
marvelous🤗😍

Jom try😋





RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...