Di bawah adalah bahan2 untuk menghasilkan sayur lemak pucuk paku ni. Macam biasa bahan2 tu aku agihkan ikut Bahan A untuk dikisar dan Bahan B. Harap memudahkan dan boleh difahami ya sahabat2 pembaca sekalian
Bahan2 A
1. Bawang Merah 1 1/2 biji
2. Bawang Putih lbih kurg 3 biji
3. Ikan Bilis
4. Cili Padi 30 biji (ikut kalau tak nak pedas.. Kurangkan key)
Bahan2 B
1. Pucuk Paku (dalam 3 cekak)
2. Santan 1 biji kelapa @ sekotak
3. Garam secukup rasa
4. Minyak masak
![]() |
santan yang dah siap perah...kalau suka banyak kuah letak la macam kat atas tu.. satu biji kelapa...cukup...✅ |
![]() | |
pucuk paku yang dah siap dibersihkan dan dicuci... ni ade dalam 3 cekak la...byk gak mak aku petikkan...tq mum |
![]() |
cara nak bersihkan...batang buang..ambil daun dan pucuknya sahaja..okeyy |
1. Mula2 kisar bahan A hingga halus
2. Panaskan sedikit minyak (anggaran 3 sudu besar).
3. Masukkan bahan2 A yang telah dikisar tadi dalam minyak yang dah sedia panas tu dan
goreng dalam 3-4 minit hingga agak kering sedikit
4. Kemudian masukkan sedikit garam (anggaran satu sudu teh) dan gaul2 kan.
5. Masukkan sayur Pucuk Paku dahulu dan gaul2 lagi. Jangan lama sgt gaul2 bagi sebati
dengan rempah dalam kurang dari 1 minit.
6. Selepas itu masukkan santan pula. Gaul2 bagi sekata. Agak2 Pucuk Paku tu bertukar warna
hijau agak2 muda dan layu boleh lah di angkat. Biasa kurang 5 minit juga aku gaul dan
biarkan masak. Jangan terlalu lama nanti sayur lembik sgt kerana terlalu masak.
7. Guna api yang sederhana sahaja.
![]() |
bahan A yang dikisar halus |
![]() |
bahan A digoreng dengan minyak masak dalam 4-5 minit... |
![]() |
masukkan setengah sudu garam... secukup rase lah...ikut selera masing2 |
![]() |
masukkan pucuk paku yang telah dibersihkan tadi dan gaul rata... kemudian baru masuk santan seperti gambar ni |
dah siap...pedas power...menyengat marvelous Jom try😋 |
No comments:
Post a Comment