Sunday 31 December 2017

Daging Masak Kicap letops sedap giller by srf 😋💥

Daging masak kicap by srf💥😍


BAHAN - BAHAN
Daging 2 kg rebus smpi agk2 lmbut dan 
potong2 kecil 
(air rebusan simpan sikit jgn buang semua) 

Bahan A (kisar) 
1) Bawang merah 3 biji besar
2) Bawang putih 6 ulas
3) Cili kering (siap rebus skjp dan buang cili) 

Bahan B
1) Bawang merah 3 biji besar potong bulat
2) Bawang putih 6 ulas Potong2 
3) Cili besar merah dan hijau potong2
4) Cili padi dlm 10bijik potong2 (klu nk pedas) 
5) Kentang Potong2 
6) Bunga cengkih, kayu manis 
7) Sos cili 
8) Kicap manis
9) Gula melaka seketul

Cara-cara
1. Panaskan minyak
2. Goreng bahan A hingga agk2 kekuningan pastu masukkn bunga cengkih dan kayu manis
3. Masukkan daging dan kentang
4. Gaul2.. 
5. Masukkan semua Bahan B
6. Gaul-gaul.. Masukkan juga sedikit air rebusan daging tadi.. Gaul hingga agak kering sikit tpi still ada berkuah.. 
7. Masukkan garam secukup rasa.. 
8. Siapp dah.. senang jer..hi..hi..🤭 

Next kita wat video pulak ehhh... Sekarang ni busy sgt2😜😅🌼🌹❤️

Ni bahan utama 


Kentang siap potong2 

Panaskan minyak

Masukkan campuran cili kering yg telah direbus dan dikisar dgn bawang putih dan bawang merah 

Ini potong2 sahaja

Goreng sampai agak merah dan keluar minyak

Masukkan sos cili secukupnya..lah


Sos cili dan kicap




Rebus daging..
 Air rebusan simpan sedikit

Masukkan kayu manis dan bunga lawang

Masukkan kentang

Masukkan daging 

Gaul2



Kicapp.. Ni memang wajib la kan... 💋 


Gaul2.. Masukkan bawang putih dan bawang merah yg telah di potong2 

Masukkan cili merah pula☺️


Masukkan garam secukup rasa dan seketul gula melaka.. lupa pula nk ambil pic gula melaka tu😅

Gaul2 ya😘



Siap sudahhh😋😋

Actually aku kalau masak sejenis mssakan memang banyak versi... 😅 Ikut keadaan tapi orang kata sedapp 😝 maybe air tangan kot.. 
Bawah ni aku bagi video... Mungkin agak berlainan sedikit dengan pic di atas... 
Tapi boleh try.. 
Nak masak kadang bukan skali masak terus sedap.. Betul tak.. Try in error lah.. Gitew 🤭 

            Full video daging kicap letops💥 by srf


Instagram 
#akubukanchef 🥦 
#resipimudahbysrf😉



Ikan Talapia Masak Sambal Hijau Kering...sedappp..i like😘

                             



Ikan Talapia adalah ikan favorite aku.. lebih2 lagi masa preggy dulu.. kalau boleh hari-hari nak makan Ikan Talapia. Kebetulan ada satu kedai makan kat ofis ni..selalu beli Ikan Talapia masak lemak...perghh memang sedappp sgt..kalu ngidam memang confirm dapat coz mudah nak carik..masa tu lah☺

Ok..kali ni aku nak kongsikan bagaimana untuk memasak Ikan Talapia sambal hijau kering (ni nama yang aku bagi)

Bahan-Bahan
1. 1  1/2 biji bawang merah
2. 4 ulas bawang putih
3. Kunyit
4. Halia
5. 25 biji cili padi (kalau nak pedas letak byk)
6. Ikan Talapia Hitam 2 ekor
7. Minyak secukupnya
8. Gula secukup rasa
9. Garam secukup rasa
10. Asam Keping sebanyak 2 keping

Cara-cara memasak😉
1. Panaskan minyak
2. Goreng 2 ekor ikan Talapia yang telah dibersihkan dan dilumurkan kunyit
3. Tumbuk di lesung batu bahan2 di atas  iaitu bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan kunyit seperti di dalam gambar di bawah.
4. Panaskan sedikit minyak
5. Goreng hingga agak garing anggaran 5-6 minit
6. Masukkan 2 keping asam keping, gula dan garam secukup rasa
7. Gaul2 kan rata
8. Keluarkan bahan2 yang telah di goreang tersebut dan letakkan di atas Ikan Talapia yang telah digoreng.

ini bahan-bahan sebelum di tumbuk ya..bwg merah 1 1/2 biji, bawang putih 4 ulas, sedikit halia, kunyit dan cili padi


Ikan Talapia yang digoreng dengan sedikit garing



bahan2 yang ditumbuk kasar

bahan2 yang ditumbuk tadi di goreng sehingga agak kering...anggaran masa 5-6 minit dengan api sederhana

masukkan asam keping...gula dan garam secukup rasa

Ikan Talapia yang telah digoreng

bahan2 yang telah digoreng tadi diletak di atas Ikan Talapia yang telah digoreng



Siap i like😘

Ikan Siakap with Sweet Pineapple🐟🍍🍅

My husband memang suka sangat dengan Masakan aku ni..Ikan Siakap Masak Sweet Sour..❤

bahan2 nya adalah
1. Ikan Siakap
2. Bawang Merah (1 biji)
3. Bawang Putih (2 ulas)
4. Halia
5. Cili padi (10 biji)
6. Sebiji Tomato
7. Sebiji Nanas
8. Asam keping (2 keping)
9. Garam
10. Gula / madu
11. Sos Tomato
12. Sos Cili
13. Serbuk Kunyit
14. Minyak masak

Cara-cara memasak...
1. Bersihkan ikan siakap..siang dan basuh serta lumur dengan serbuk kunyit
2. Panaskan minyak
3. Goreng Ikan Siakap sehingga garing...dan angkat dan letak di tepi
4. Potong dadu (kecil2) bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, tomato dan nenas..
5. Panaskan sedikit minyak yg baru
6. Kemudian goreng bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dipotong dadu tadi dan digaul2 rata dalam 4-5 minit (ikut masing)
7. Kemudian masukkan asam keping
8. Masukkan juga sos tomato dan sos cili (kuantiti mengikut sukatan masing2) kira2 sos tomato 1 sudu besar dan sos cili 5 sudu besar...
9. Kemudian masukkan sedikit garam, gula/madu mengikut secukup rasa... aku garam letak sedikit dalam 1 sudu kecil...manakala gula/madu letak lebih sikit dalam 3-4 sudu besar...👌
10. Masukkan tomato dan nenas yang telah dipotong dadu tadi.
11. Gaul2 rata lebih kurang 5 minit🤔
12. Tutup api dan curahkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi😉


bahan-bahan yang perlu dipotong dadu kecuali asam keping tu yer..


ini rupa yang telah dipotong dadu termasuk tomato dan nenas..
.

ikan siakap yang telah disiang dan dibersihkan...jgn lupa lumur dengan serbuk kunyit...

ikan siakap yang sedang digoreng


ikan siakap yang telah siap digoreng...
letak dalam pinggan

bahan2 yang telah dipotong dadu iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi... digoreng dengan sedikit minyak ya...

masukkan asam keping, sos tomato dan sos cili secukupnya ya

masukkan sedikit garam

masukkan gula / madu..

gaulkan rata 

curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi

ini yang ada gambar nenas & tomato yg belum dipotong...hu..hu..saje ade pic ni...ltk jek la...


sesat gambar ni kt sini😅😂... itu gambar tomato yg telah dipotong untuk dimasukkan ke dalam bahan yg digoreng tadi


dah siap..boleh dihidang

Friday 29 December 2017

Sambal TOTOK Berapi😋


Kalau orang jawa...sebut pasal sambal TOkTOk (ke totok) aku tak kisah la nak panggil apa..yang penting korang tau maksudnya..

Ni namanya pedas yang tak serik..hah..hah..

Bahan-bahannya adalah:-

1. Bawang Putih (4 ulas)
2. Bawang Merah (2 ulas setengah)
3. Ikan Bilis
4. Cili Padi (30 biji) ikut masing-masing
5. Sedikit garam sekucup rasa
6. Sedikit minyak masak untuk menggoreng

ni bahan-bahan yang belum dipotong

ni bawang merah dan putih dah siap potong

panaskan sedikit minyak

masukkan semua bahan-bahan tadi

ni digoreng

gaul-gaul dan goreng

masukkan sedikit garam

keluarkan dan letak atas pinggan

tumbuk dengan lesung batu

tumbuk separuh hancur

siap dan hidangkan




RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...