ha...tgk kali ni punye resepi memang meriah kan....sgt colourfull😍🌈
Resepi ni aku namakan Sayur Campur Lip Lap❤😍 Resepi ni paling senang...potong2 dan campak2 ajer..😅😆
Bahan2
1. Brokoli
2. Tomato
3. Lada Benggala (betul ke nama tu😅)
3. Bunga kubis adehh lupa nama dia😥
4. bawang merah (dipotong)
5. bawang putih (dipotong)
6. Ikan bilis
7. Cili padi (dipotong)
8. Asam keping
9. Garam
10. Sedikit air
11. Minyak masak
Cara2 memasak
1. Potong dan bersihkan sayur2
2. Bawang merah, bawang putih, cili padi dipotong potong
3. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan2 yang telah dipotong tadi termasuk ikan bilis yang telah disiang dan basuh
4. Masukkan semua sayur kecuali brokoli
5. Masukkan sedikit air
6. Masukkan asam keping
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Masukkan brokoli
9. Gaul2 rata selama 3-4 minit
10. Tutup api dan hidangkan
![]() |
sayur yang telah dipotong dan dibersihkan |
![]() |
bahan2 untuk dipotong dan digoreng kecuali asam keping ya😉 |
![]() |
ini adalah bahan2 yang telah dipotong |
![]() |
bahan2 yang digoreng iaitu bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi |
![]() |
masukkan sayur2 kecuali brokoli |
![]() |
masukkan sedikit air |
![]() |
masukkan asam keping |
![]() |
masukkan garam dan gaul rata |
![]() |
masukkan brokoli...aku suka masukkan last jadi warna dia cantik dan tidak terlalu masak.. |
![]() |
gaul2 rata dalam anggaran 3-4 minit |
![]() |
angkat dan hidangkan👍👌🌲 |
Fiery metal models in a plastic frame - Titanium Arts
ReplyDeleteThese plastic frames have the ability to be seen in a titanium astroneer range titanium dental of sizes garmin fenix 6x pro solar titanium of sizes. titanium tent stove babylisspro nano titanium Fiery metal models in a plastic frame: Fiery metal models in a plastic frame: Fiery metal models in a