Sunday 31 December 2017

Ikan Talapia Masak Sambal Hijau Kering...sedappp..i like😘

                             



Ikan Talapia adalah ikan favorite aku.. lebih2 lagi masa preggy dulu.. kalau boleh hari-hari nak makan Ikan Talapia. Kebetulan ada satu kedai makan kat ofis ni..selalu beli Ikan Talapia masak lemak...perghh memang sedappp sgt..kalu ngidam memang confirm dapat coz mudah nak carik..masa tu lah☺

Ok..kali ni aku nak kongsikan bagaimana untuk memasak Ikan Talapia sambal hijau kering (ni nama yang aku bagi)

Bahan-Bahan
1. 1  1/2 biji bawang merah
2. 4 ulas bawang putih
3. Kunyit
4. Halia
5. 25 biji cili padi (kalau nak pedas letak byk)
6. Ikan Talapia Hitam 2 ekor
7. Minyak secukupnya
8. Gula secukup rasa
9. Garam secukup rasa
10. Asam Keping sebanyak 2 keping

Cara-cara memasak😉
1. Panaskan minyak
2. Goreng 2 ekor ikan Talapia yang telah dibersihkan dan dilumurkan kunyit
3. Tumbuk di lesung batu bahan2 di atas  iaitu bawang merah, bawang putih, cili padi, halia dan kunyit seperti di dalam gambar di bawah.
4. Panaskan sedikit minyak
5. Goreng hingga agak garing anggaran 5-6 minit
6. Masukkan 2 keping asam keping, gula dan garam secukup rasa
7. Gaul2 kan rata
8. Keluarkan bahan2 yang telah di goreang tersebut dan letakkan di atas Ikan Talapia yang telah digoreng.

ini bahan-bahan sebelum di tumbuk ya..bwg merah 1 1/2 biji, bawang putih 4 ulas, sedikit halia, kunyit dan cili padi


Ikan Talapia yang digoreng dengan sedikit garing



bahan2 yang ditumbuk kasar

bahan2 yang ditumbuk tadi di goreng sehingga agak kering...anggaran masa 5-6 minit dengan api sederhana

masukkan asam keping...gula dan garam secukup rasa

Ikan Talapia yang telah digoreng

bahan2 yang telah digoreng tadi diletak di atas Ikan Talapia yang telah digoreng



Siap i like😘

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...