Monday 25 December 2017

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api with Labu😋😘

Sebenarnya dah lama sgt tak masak siput sedut ni...biasa beli jek..tpi yang nostalgia tu aku pernah la juga ikut mak aku ke sungai carik siput sedut ni...hmmm memadangkan kat kg aku susah gak nak jumpa sungai...so pengalaman mencari siput sedut tu takde la banyak...pernah la sekali..seronok gak main selot..ha..ha..😆 
part yg tak berapa nak best bila masak siput sedut ni adalah time nak potong ekor die tu...betul tak???? aku ketuk gune belakang pisau jek...nk gune anak lesung takut salah ketuk karang klu bukan siput yg hancur..jari plk yg kne ketuk...ha..ha...

Bahan-bahan
1. Siput sedut 
2. Sebiji Bawang Merah (dikisar)
3. 4 ulas Bawang Putih (dikisar)
4. Halia (dikisar)
5. 50 biji cili padi (dikisar)
6. Sebiji labu (saiz kecil)
7. Sebatang Serai (diketuk)
8. Sekeping Asam Keping
9. Santan (sebiji kelapa)
10. Minyak masak
11. Garam

Cara-cara untuk memasak
1. Kisar Bahan-bahan di atas iaitu Bawang Merah, Bawang Putih, Halia dan Cili Padi.
2. Panaskan sedikit minyak
3. Goreng bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga agak garing (biasa aku 4-5 minit juga)
4. Kemudian masukkan santan & gaul sekejap (1/2 minit) jek bagi rata
5. Masukkan siput sedut dan serai yang telah diketuk dan gaul rata selama lebih kurang 1/2 minit (30saat) 
6. Masukkan buah labu
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Gaul-gaul rata dan tutup
9. Biarkan selama berapa minit ea..hmmmm....5 minit kot???....agak2 lah yer bila labu dh lembut tu boleh la diangkat.. kalau lama sgt takut labu tu hancur plak...(boleh sendiri agak)

* Aku guna api kecil sahaja


ni ketuk guna belakang pisau..


aku beli satu bungkus kecik RM8
kalau yg besar dalam RM15...
berapa kg?? aku x sure

siput sedut yg telah dibuang ekor
dibasuh sehingga bersih


ini bahan2 yg perlu dikisar...
cume serai jek perlu di ketuk..


santan pekat yang telah siap diperah

labu yang telah siap dipotong...
mencabar gak nk potong labu ni...agak keras..hu..hu..

bahan2 dikisar digoreng hingga agak kering

masukkan santan dan gaul

masukkn siput sedut & serai yg diketuk

masukkan labu dan gaul rata...
jgn lupe masukkan garam secukup rasa ya...

ni rupa yang dah siapp

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...