Sunday 31 December 2017

Ikan Siakap with Sweet Pineapple🐟🍍🍅

My husband memang suka sangat dengan Masakan aku ni..Ikan Siakap Masak Sweet Sour..❤

bahan2 nya adalah
1. Ikan Siakap
2. Bawang Merah (1 biji)
3. Bawang Putih (2 ulas)
4. Halia
5. Cili padi (10 biji)
6. Sebiji Tomato
7. Sebiji Nanas
8. Asam keping (2 keping)
9. Garam
10. Gula / madu
11. Sos Tomato
12. Sos Cili
13. Serbuk Kunyit
14. Minyak masak

Cara-cara memasak...
1. Bersihkan ikan siakap..siang dan basuh serta lumur dengan serbuk kunyit
2. Panaskan minyak
3. Goreng Ikan Siakap sehingga garing...dan angkat dan letak di tepi
4. Potong dadu (kecil2) bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, tomato dan nenas..
5. Panaskan sedikit minyak yg baru
6. Kemudian goreng bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dipotong dadu tadi dan digaul2 rata dalam 4-5 minit (ikut masing)
7. Kemudian masukkan asam keping
8. Masukkan juga sos tomato dan sos cili (kuantiti mengikut sukatan masing2) kira2 sos tomato 1 sudu besar dan sos cili 5 sudu besar...
9. Kemudian masukkan sedikit garam, gula/madu mengikut secukup rasa... aku garam letak sedikit dalam 1 sudu kecil...manakala gula/madu letak lebih sikit dalam 3-4 sudu besar...👌
10. Masukkan tomato dan nenas yang telah dipotong dadu tadi.
11. Gaul2 rata lebih kurang 5 minit🤔
12. Tutup api dan curahkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi😉


bahan-bahan yang perlu dipotong dadu kecuali asam keping tu yer..


ini rupa yang telah dipotong dadu termasuk tomato dan nenas..
.

ikan siakap yang telah disiang dan dibersihkan...jgn lupa lumur dengan serbuk kunyit...

ikan siakap yang sedang digoreng


ikan siakap yang telah siap digoreng...
letak dalam pinggan

bahan2 yang telah dipotong dadu iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi... digoreng dengan sedikit minyak ya...

masukkan asam keping, sos tomato dan sos cili secukupnya ya

masukkan sedikit garam

masukkan gula / madu..

gaulkan rata 

curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi

ini yang ada gambar nenas & tomato yg belum dipotong...hu..hu..saje ade pic ni...ltk jek la...


sesat gambar ni kt sini😅😂... itu gambar tomato yg telah dipotong untuk dimasukkan ke dalam bahan yg digoreng tadi


dah siap..boleh dihidang

No comments:

Post a Comment

RESEPI KAMPUNG NYUM2

Kangkung Goreng Belacan Meletop

resipi sayur kangkung goreng belacan meletop!! ha.. ha.. bahan-bahannyer seperti di bawah ni... bahan utk di kisar @ tumbuk sebiji ba...